Wednesday, October 14, 2009

Jom Tengok!


Kepada sesiapa yang tak ada aktiviti apa-apa untuk dibuat pada 17 & 18 hb Oktober ni, jom la beramai-ramai pergi tengok teater ni. Jangan lupa booking dulu tiket untuk mengelakkan daripada tak dapat masuk sebab tempat duduk terhad (seperti yang dimaklumkan):-

THE SHARK ATTACK THEATER TOUR 2009

Dibawakan oleh: Tronoh Theatre Shop & Qum Actors
Tempat: Taman Budaya Kuala Lumpur Jln Tun H. S. Lee (dekat dgn Balai Polis Trafik KL)
Tarikh & Masa: 17 Oktober 2009, Sabtu
Sesi/Show 1 : 2.30pm - Miao Miao Sang Arnab & Monolog Tok Janggut
Sesi/Show 2 : 9.00pm - Asylum & Medley of Mimes

18 Oktober 2009, Ahad
Sesi/Show 1 : 2.30pm - Asylum & Medley of Mimes
Sesi/Show 2 : 9.00pm - Miao Miao Sang Arnab & Monolog Tok Janggut

Tiket: RM10 per sesi/show.
Sila buat tempahan tiket sebelum show
*(30% daripada harga tiket akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim 'Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor')

Untuk tempahan sila hubungi: Syakir-0172910234 Asyraf-0177719427

Sinopsis:
Asylum (Karya Dr Shark & Arahan Aini)
Asylum adalah sebuah komedi mengisahkan sekumpulan pesakit mental dari kumpulan Unit Teater Psikotik berusaha mementaskan sebuah teater sempena pembukaan hospital pesakit mental yang baru, Institut Psikotik Negara. Teater ini memaparkan bagaimana mereka semua berusaha untuk berlatih sehabis baik. Mereka mementaskan sebuah cerita tentang kehidupan manusia yang alpa dengan kemaksiatan dunia seperti rasuah, pemerintah yang tamak, penagihan dadah, parti-parti politik yang bertelagah, kekejaman kemanusiaan, dan sebagainya. Mereka juga turut memaparkan isu-isu semasa jika tidak dibendung akhirnya menerima pembalasan yang tidak dapat lagi ditarik balik. Institut Psikotik Negara juga membuka pengambilan ahli-ahli baru…

Miao Miao Sang Arnab (Karya Dr Shark & Arahan Pacel)
Miao Miao Sang Arnab, sebuah kisah yang memaparkan nilai kemanusiaan iaitu cinta dan kasih sayang yang menjadi pendirian Mat. Arnab secara separa sedar telah muncul untuk mencungkil nilai ini dari dalam diri Mat yang sering merasa ‘insecure’ dan kecewa akibat gagal dalam percintaan. Bahkan, nilai kemanusiaan ini yang menyelamatkan Mat daripada membunuh diri. Nilai ini berlawanan dengan Roy yang menganggap cinta dan kasih sayang tidak lebih daripada seksual. Arnab yang boleh menjadi pelbagai jenis binatang merupakan jiwa Mat yang meronta untuk keluar dari dalam dirinya. Namun, adakah Arnab berjaya ‘menyelamatkan’ Mat?

Tok Janggut (Karya Salju Putih & Arahan Dr Shark)
Tok Janggut atau nama sebenarnya Mat Hassan Panglima Munas dilahirkan di Kampung Saring, Daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Bapanya berkhidmat sebagai paglima istana dan dia dibesarkan di Istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Beliau mendapat pendidikan agama di Mekah dan Patani.Penentangan bermula apabila termerainya Perjanjian Bangkok antara Siam dan pihak British dimana Negeri Kelantan diletakkan dibawah kuasa British. Kehadiran pegawai British dari Singapura Abdul Latif yang dilantik menjadi Ketua Daerah Pasir Putih juga tidak disenangi kerana telah mengenakan pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat. Strategi Tok Janggut untuk menentang British telah diketahui oleh pihak British dan cubaan untuk menangkap Tok janggut menemui kegagalan. Tok janggut kemudian menawan Pasir Putih dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, Ungku Besar Jeram sebagai Raja. Berlaku tentangan hebat antara pasukan Tok Janggut dan tentera British dan Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya yang lain. Mayatnya kemudian diarak ke Kota Bharu dan digantung di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.

2 comments:

amicus curiae said...

ala jelesnya..

this demands for a review! review!

Nikeda said...

hehehe.. nnt aku cuba letak gmbr ngn cast skali hahaha sbb one of the actors x-bf adik ku...