Thursday, December 03, 2009

CERITA-CERITI DI SEBALIK TABIR FACEBOOK (FB)

Semalam aku dan Puspa bermakan2 di Chawan, Bangsar sebab dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa tu, biasalah, macam2 cerita akan keluar termasuklah meng'apdet' each other cerita2 baru yang terjadi dalam kehidupan seharian masing2. Maklumlah, kan dah lama tak jumpa. Cerita punya cerita (sambil menyuap makanan ke mulut) terkeluar lah cerita pasal Puspa dan masalah Maxisnya yang dah sekian lama jadi masalah tapi masih tak selesai2 walaupun telah beberapa kali cuba diselesaikan oleh beliau.
Akibat tahap ketensenan yg amat, Puspa pun apdet lah status beliau di FB (seperti orang2 lain yg ada FB) yang lebih kurang berbunyi (selepas di paraphrase) “Maxis Sucks!” dan dengan tak semena-mena, panggilan demi panggilan masuk ke telefon canggih beliau daripada Maxis bertanyakan masalah beliau sambil menabur janji-janji manis bahawa masalah ini akan selesai sebelum sempat beliau bertukar ke perkhidmatan lain seperti yang diugut2 oleh beliau setiap kali didatangi masalah ini (walaubagaimanapun, pada ketika entry ini ditulis, penulis tidak tahu samada masalah tersebut sudah sebenarnya selesai atau belum).
Apa-apa pun, adalah sangat menakjubkan bagi org2 yang mendengar cerita ini kerana sedar betapa kuat dan besar pengaruh FB dalam kehidupan seharian kita walaupun tidak diketahui samada apa yang terjadi adalah berkaitan atau kebetulan semata-mata. Rupanya, banyak lagi fungsi atau kegunaan status update tu selain daripada untuk mengglamerkan diri dan meluahkan perasaan.
Dalam cerita berasingan yang masih berkaitan dgn FB yang juga diceritakan ketika aku dan Puspa masih bermakan2 di Chawan, aku mendapat tahu bahawa FB juga digunakan oleh sesetengah pihak seperti pasangan yang jeles dan pasangan yang syak wasangka untuk memasang perangkap atau utk menyiasat samada pasangan masing2 ada membuat hubungan sulit dgn org lain atau bagi pasangan yg memang dah syak dan suspect bahawa pasangan mereka ada hubungan sulit, nak cari siapa org ketiga tersebut.
Caranya? Senang saja. Salah satu contohnya, bagi perempuan, mereka akan minta (atau upah kot) perempuan2 yg boleh dianggap cantik untuk meng’friend’ suami, tunang atau bf mereka. Setelah di'approve' atau di'add' oleh sang suami, tunang atau bf berkenaan, ejen2 spy ini akan bekerja dari dalam utk menyiasat setiap kwn perempuan lelaki2 td dlm FB. Dalam ertikata lain, memantau aktiviti FB sang suami, tunang atau bf td. Bukan setakat itu, ejen2 spy ini juga akan cuba utk meng’friend’ kesemua kwn2 perempuan lelaki2 td yg ada dlm friend list FB beliau.
Wah, sampai mcm ni sekali FB digunakan dan aku juga tetiba terfikir, sebenarnya, kejadian FB no. 2 diatas boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Cuba fikir, drpd duduk mengadap FB dr pagi sampai ptg main Farmville atau Café World sbb nak kumpul duit besarkan farm atau café masing2 (bukan duit mahupun farm atau café betul pun), baik bukak bisnes “E-spy – for all your virtual spying needs. We specialize in facebook spying for all types of suspicious activities especially cheating spouses” (all rights reserved).
Siapa berminat angkat tangan….

8 comments:

Sasha Lyna said...

minat..minat..cam best jer jd spy nier... :)

Nikeda said...

tu la kan... hahaha

KurstTea said...

sash, belum cukup masa lagi for her to consider e-spy..give or tkae 2 yrs r/ship baru bleh...hahhahaha

Nikeda said...

khalid: huh?

Girl Behind A Shadow said...

Nik, aku ada bakat. I made my own discovery complete wif every single activities committed by da 3rd party.

Nikeda said...

hida: impressive! ko leh jd top spy aku... hehehe...

Sasha Lyna said...

nik, khalid nyer comment tu for me..kan i br je ngn fidos..die kt shud at least da 2 yrs in a r.ship..

khalid:previous r/ship...6 thn KOT.. ;)

Nikeda said...

oh i see... hahaha...