Tuesday, March 14, 2006

freedom of expression

baru-baru nih kite telah digemparkan oleh karikatur menghina nabi yang disiarkan kat dalam satu akhbar tabloid kat denmark. bile org Islam kecam tindakan tersebut dan minta diorang apologize, diorang kata itu hak diorang, that is the right to the freedom of expression. lepas tu, macam2 la tindakan yang telah diambil oleh pelbagai pihak demi nak tunjukkan bantahan diorang terhadap perbuatan pihak yang terbabit. drpd bentuk yang paling ekstrem macam bakar bendera denmark, buat demo, boikot kepada bantahan yang agak aman sedikit macam tulis blog, forum kat warung2 dan sudah semestinya, berdialog.
baru2 nih, aku ngn 2 org kwn aku pegi la satu dialog yg membincangkan hal karikatur ni lah. ade 3 panelis, smua pun ok tp aku rase yang buat research pasal topik nih dan masa dialog tak penah lari dr topik, sorang je. yg lain tu, memula ok, tp lama2 dah agak lari topik dan lebih kepada politik dan fahaman masing2 yang takde kene mengena ngn topik dialog. tp ok jer.. :) anyway, salah sorang drpd panelis td ade menyebut pasal kebebasan media. die ckp pasal media nih (di malaysia esp) dikongkong oleh terlalu byk akta dan undang2. pastu die ckp, mcm mana kite boleh ckp ruang kebebasan media terhad sedangkan bile difikirkan sebenarnya kite takde ruang langsung? pastu byk la dibincangkan pasal byk bende yg tak lepas cetak dan sebagainya.
aku mmg setuju la yang media atau sesape saje perlu kebebasan utk bersuara. tp aku rase, kebebasan mutlak mmg tak boleh la kan. tak yah pegi jauh2, kite tgk jer kat malaysia, bukan nak sokong memana pihak tp ini hanyalah pandangan aku, mmg slalu la hal ni dibincangkan secara intelek atau tidak kn? byk jer kejadian paper2 kat sini di 'ban' atas pelbagai sebab dan yg terbaru skali paper kt sarawak tu. pastu, timbul la kembali isu kebebasan media di malaysia terhad. aku pun klu boleh, nak media2 di malaysia ni lebih bebas tp kite pasti ker yang rakyat malaysia ni bersedia utk berhadapan dgn 'kebebasan' itu nnt? mcm kwn aku ckp, kite selesa dan dah terbiasa hidup dlm 'comfort zone'. oblivious kepada surrounding dan lagi, kat malaysia nih, berapa byk isu2 yg masih sensitif dan taboo? masih byk isu2 yg bile dicuit sikit, dah melatah, bile disentuh sikit, 'oh.. itu isu sensitif. kite jgn bangkitkan isu sensitif..tak ingat ker peristiwa 13 Mei? atau dah lupa hal kg. Medan?' 'isshh.. bende2 mcm tu tak perlu la dibincangkan secara terbuka..' aku rase ia dah sebati ngn masyarakat kite dan dah jadi budaya kite.
mcm aku ckp, bukan aku tanak media kita lebih bebas, tp aku jugak rasa sebelum kebebasan itu diberikan, kite perlu pastikan yg kite bersedia utk terima. sbb kebebasan ni bukan satu hala, klu kite boleh cerita pasal org dan hal2 yg berkaitan dgn org, kita harus ingat, org pun boleh cerita pasal kita dan hal2 yg berkaitan ngn kite. sebelum kebebasan yg dipinta diberikan, aku rasa ada baiknya cara pemikiran rakyat diubah dulu. tanak la nnt bile smua org dah bebas utk bersuara, lain masalah pulak timbul. dah la harga minyak dah naik giler2.

No comments: